THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, July 21, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING2010-ENTRI KELIMA


PERSEMBAHAN SENI KITA...

Salah satu persembahan seni yang saya amat minati ialah kuda kepang...Ia amat menarik kerana lagu-lagu atau yang sering dipanggil bunyian itu boleh membuat orang ramai terikut-ikut menari bersama...Saya juga suka akan tarian-tarian mereka kerana langkah-langkah mereka amat lemah-lembut...Saya pernah bertanya kepada ibubapa saya jikalau meraka membenarkan saya untuk memasuki kumpulan kuda kepang...

Ibu saya dengan segera membantah denagn persoalan saya tetapi papa saya cuma membenarkan saya memasuki tarian-tarian mereka...Mereka tidak membenarkan saya memasuki tarian yang perlu menari dengan kuda kerana mereka kata tarian itu perlu atau harus dirasuk...Saya memberitahu mereka tidak mengapa kerana saya ingin cuba sahaja...

Mereka menceritakan tentang kejadian pakcik saya yang pernah memasuki kuda kepang...Dia ialah penari yang menggunakan kuda...Sebenarnya,nenek dan datuk saya melarang pakcik saya untuk memasuki kuda kepang tetapi dia tidak peduli...Ibu saya kata apabila pakcik saya ingin mengeluarkan 'makhluk' yang ada di dalam badan pakcik saya...Ibu saya juga berkata bahawa pakcik saya terbang dari satu pokok ke satu pokok...Saya masih tidak percaya akan cerita itu hingga ke sekarang...

Hingga sekarang saya masih ingin memasuki kuda kepang tetapi ibubapa saya menghalang...Sekarang saya tidak dapat masuk kuda kepang tetapi dapat melihat persembahan mereka pun boleh juga.....:)

0 comments: