THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA

PANTANG LARANG UNTUK ANAK DARA...

mengapa anak dara?
Anak dara sering dimarahi oleh ibu atau nenek moyang kerana membuat perkara yang dianggap salah apabila dipandang orang-orang masa lampau.Perkara ini semua sebenarnya ingin memberitahu anak dara zaman sekarang suapya tidak melakukan kesilapan apabila membuat sesuatu perkara yang penting.

Contoh pantang larang:
"jangan menyanyi sewaktu memasak atau di dapur"..

Alasannya:
Mereka akan mendapat suami tua..

Rasionalnya:
Ia sebenarnya ingin memesan kepada anak dara yang sering memasak,jangan cuai apabila mereka memasak.Sebenarnya,meraka juga harus memberi tumpuan sepenuhnya apabila memasak kerana mereka akan cedera diri mereka.Seperti peribahasa,"malam tidak berbau"..

Pendapat saya:
Pada pendapat saya,ini sebenarnya ingin memberitahu anak dara yang baru sahaja mula memasak supaya berhati-hati kerana kejadian buruk akan berlaku jikalau mereka cuai,Mereka juga baru sahaja mula berlatih untuk memasak.Ibu mereka tidak ingin anak dara mereka cedera akibat kecuaian diri anak mereka sendiri..



0 comments: