05 APRIL - TEDJA TIMUR - YOUNGSTERS
Thursday, July 22, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEENAM
Posted by bmfarhana at 12:44 AM 0 comments
Wednesday, July 21, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING2010-ENTRI KELIMA
Salah satu persembahan seni yang saya amat minati ialah kuda kepang...Ia amat menarik kerana lagu-lagu atau yang sering dipanggil bunyian itu boleh membuat orang ramai terikut-ikut menari bersama...Saya juga suka akan tarian-tarian mereka kerana langkah-langkah mereka amat lemah-lembut...Saya pernah bertanya kepada ibubapa saya jikalau meraka membenarkan saya untuk memasuki kumpulan kuda kepang...
Ibu saya dengan segera membantah denagn persoalan saya tetapi papa saya cuma membenarkan saya memasuki tarian-tarian mereka...Mereka tidak membenarkan saya memasuki tarian yang perlu menari dengan kuda kerana mereka kata tarian itu perlu atau harus dirasuk...Saya memberitahu mereka tidak mengapa kerana saya ingin cuba sahaja...
Mereka menceritakan tentang kejadian pakcik saya yang pernah memasuki kuda kepang...Dia ialah penari yang menggunakan kuda...Sebenarnya,nenek dan datuk saya melarang pakcik saya untuk memasuki kuda kepang tetapi dia tidak peduli...Ibu saya kata apabila pakcik saya ingin mengeluarkan 'makhluk' yang ada di dalam badan pakcik saya...Ibu saya juga berkata bahawa pakcik saya terbang dari satu pokok ke satu pokok...Saya masih tidak percaya akan cerita itu hingga ke sekarang...
Hingga sekarang saya masih ingin memasuki kuda kepang tetapi ibubapa saya menghalang...Sekarang saya tidak dapat masuk kuda kepang tetapi dapat melihat persembahan mereka pun boleh juga.....:)
Posted by bmfarhana at 11:27 PM 0 comments
Sunday, July 18, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING2010-ENTRI KEEMPAT
PANTANG LARANG UNTUK ORANG SEBELUM BERSANDING...
Setiap hujung minggu,ibu dan bapa sering dijemput ke majlis orang kahwin...Saya berasa hairan mengapa majlis orang kahwin sentiasanya pada hujung minggu.?Saya bertanya pada ibubapa dan juga pada guru-guru bahasa ibunda saya...Mereka semua memberi jawapan yang berbeza tetapi apabila saya tanya tentang pantang larang,jawapan mereka semua agak sama...Saya tidak tahu sebelum bersanding,ada juga pantang larang yang harus diikuti...
Contohnya:
'jangan tidur di rumah orang lain atau pasangan sebelum bersanding'
Logiknya:
Ia hanya ingin memberi pesanan kepada pasangan-pasangan supaya menjaga nama baik keluarga...Ia juga ingin memberi pesana yang amat penting supaya pasangan-pasangan semua untuk mengelakkan mereka membuat hubungan sulit...
Pendapat:
Pada pendapat saya,pantang larang dan sebabnya ada logiknya kerana ia juga untuk menjaga nama baik keluarga...Ia juga sebenarnya untuk mengelakkan pekara buruk yang berlaku dan ia juga untuk mengelakkan daripada buah mulut orang-orang lain...
Posted by bmfarhana at 6:11 PM 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA
Persambungan pantang larang anak dara...
Anak dara memang satu contoh pantang larang yang baik kerana pada orang-orang zaman lampau,mereka inginkan yang terbaik bagi anak dara mereka.Pada zaman sekarang pula,ibubapa atau nenek moyang kita tidak akan peduli lagi dengan pantang larang yang dikatakan harus diikut jikalau tidak ia akan membawa penyesalan...
Contohnya:
Ini adalah satu contoh yang sering dikatakan oleh nenek pada zaman lampau apabila kita anak dara makan di depan pintu dapur..."Jangan makan di depan pintu dapur nanti lambat orang masuk minang"...Ini yang sering dikatakan oleh saya...
Logiknya:
Ia sebenarnya hanya ingin mengingatkan anak dara supaya jangan makan di depan pintu dapur kerana ia hanya menghalang orang yang ingin lalung-lalang...
Pendapat saya:
Pada pendapat saya, pantang larangnya tidak logik kerana jodoh itu di tangan tuhan.Kita tidak akan tahu bila,cepat atau lambat jodoh kita akan tetap akan ada..Pantang larang tidak akan tahu bila jodah kita akan tiba...
Posted by bmfarhana at 5:17 PM 0 comments
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA
mengapa anak dara?
Anak dara sering dimarahi oleh ibu atau nenek moyang kerana membuat perkara yang dianggap salah apabila dipandang orang-orang masa lampau.Perkara ini semua sebenarnya ingin memberitahu anak dara zaman sekarang suapya tidak melakukan kesilapan apabila membuat sesuatu perkara yang penting.
Contoh pantang larang:
"jangan menyanyi sewaktu memasak atau di dapur"..
Alasannya:
Mereka akan mendapat suami tua..
Rasionalnya:
Ia sebenarnya ingin memesan kepada anak dara yang sering memasak,jangan cuai apabila mereka memasak.Sebenarnya,meraka juga harus memberi tumpuan sepenuhnya apabila memasak kerana mereka akan cedera diri mereka.Seperti peribahasa,"malam tidak berbau"..
Pendapat saya:
Pada pendapat saya,ini sebenarnya ingin memberitahu anak dara yang baru sahaja mula memasak supaya berhati-hati kerana kejadian buruk akan berlaku jikalau mereka cuai,Mereka juga baru sahaja mula berlatih untuk memasak.Ibu mereka tidak ingin anak dara mereka cedera akibat kecuaian diri anak mereka sendiri..
Posted by bmfarhana at 4:54 PM 0 comments
Sunday, July 11, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA
Jangan membuat itu dan ini.Hmm,mengapakah pantang larang penting bagi orang tua atau nenek dan datuk saya? Saya mendapat tahu bahawa pada zaman dahulu,ramai orang menganggap pantang larang seperti perkara yang amat penting.Apabila saya masih kecil,ibu saya sentiasa menceritakan saya tentang pantang larang yang ditunjuk ajar oleh nenek moyang saya.Contohnya ialah "jangan menjahit pada waktu senja,nanti mata engkau akan buta".Ini sebenarnya cuma ingin kami "menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak".Selain itu,ia juga cuma ingin "mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan".Saya rasa pantang larang ini ingin memberitahu orang supaya jangan menjahit pada waktu malam.Sekarang saya mengikut pesanan ibu saya
Posted by bmfarhana at 6:11 PM 0 comments